Pintu lori terbuka semasa melalui jalan selekoh dipercayai punca hasil laut tumpah dari lori dalam kejadian di Elmina, Shah Alam semalam.- Gambar ihsan IPD Sungai Buloh.

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan kemalangan membabitkan hasil laut yang jatuh dari sebuah lori di atas jalan raya di kawasan perindustrian Kota Elmina, Sungai Pelong di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 7.46 malam daripada orang awam yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Pintu lori terbuka semasa melalui jalan selekoh dipercayai punca hasil laut tumpah dari lori dalam kejadian berlaku berhampiran Elmina, Shah Alam semalam.- Gambar ihjsan IPD Sungai Buloh

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pagar pengangkut lori itu dipercayai terbuka secara tiba-tiba semasa kenderaan itu sedang melalui jalan selekoh.

“Ia mengakibatkan beberapa tong muatan hasil tangkapan laut dari lori itu telah terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun polis tidak menerima sebarang laporan  daripada pemandu lori tersebut.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama saksi kejadian atau orang awam yang mempunyai maklumat agar  menghubungi Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here