Shamsul Anuar Nasarah

MELAKA – Pegawai dan anggota keselamatan termasuk polis boleh dikenakan tindakan gantung tugas sekiranya disyaki terlibat dalam penyebaran maklumat dalaman kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, hukuman itu boleh dikenakan seperti yang termaktub di bawah Peraturan 43, 44 dan 45 Peraturan-peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Sama ada di KDN atau mana mana jabatan pun kita ada peraturan, undang-undangnya sendiri dan sudah tentu menjadi harapan kita semua pegawai di mana peringkat pun mematuhi peraturan.

“Itu (tindakan gantung tugas) (mengikut) peraturan yang ada…apa juga perkara yang melanggar udang-undang tentu tindakan di ambil berdasarkan perundangan,” katanya.

Shamsul Anuar memakaikan beret kepada pegawai selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke- 53 Peringkat Kebangsaan 2024 di Padang Kawad Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM), Sungai Udang, Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke- 53 Peringkat Kebangsaan 2024 di Padang Kawad Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM), Sungai Udang, di sini, hari ini.

Shamsul Anuar diminta mengulas apakah tindakan tegas kementerian terhadap pegawai dan anggota di bawahnya yang disyaki menyebarkan maklumat dalaman kerajaan di media sosial atau pihak ketiga.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebarang isu atau perkara berbangkit haruslah dirujuk kepada saluran tepat dalam apa jua keadaan.

“KDN ada laman web rasmi jadi apa juga isu berlaku rujuk pada maklumat rasmi supaya rakyat dapat maklumat sumber yang sah dan sahih,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa kejadian penyebaran maklumat dalaman kerajaan melalui aplikasi media sosial Telegram.

Terbaru hari ini seorang pelawak, 38 serta isterinya, 37, direman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi aplikasi Telegram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast