AirAsia menawarkan harga tiket yang rendah untuk laluan Kuala Lumpur- Labuan Bajo yang akan bermula September ini.

SEPANG – AirAsia melancarkan laluan baharu ke Labuan Bajo, Indonesia dengan menyediakan tiga penerbangan mingguan.

Sempena pelancaran itu, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma dalam penerbangan itu dengan tambang sehala bermula daripada RM179 termasuk semua hala dari Labuan Bajo ke Kuala Lumpur.

Tempahan bermula sekarang sehingga 14 Julai akan datang untuk tempoh perjalanan antara 3 September 2024 dan 29 Mac 2025,” katanya.

AirAsia Malaysia mempunyai 13 laluan dari Kuala Lumpur ke Kertajati Kertajati, Banda Aceh, Jakarta, Bali (Denpasar), Medan, Padang, Pekanbaru, Makassar, Yogyakarta, Surabaya dan Balikpapan; serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Medan.

Manakala AirAsia Indonesia mempunyai 11 penerbangan dari Indonesia ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching; Bali ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu; Medan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang; Lombok ke Kuala Lumpur; serta dari Surabaya ke Johor Bahru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast