Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman

KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada mereka yang terjejas akibat banjir di empat daerah di Sabah iaitu Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, pihaknya berharap moratorium itu dapat meringankan beban dan memberikan kelegaan kepada para pelanggan yang terjejas.

“Inisiatif ini selaras dengan nilai keprihatinan dan ihsan dalam konsep Malaysia Madani kerana dapat mengurangkan beban kewangan mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

“Justeru itu, bantuan moratorium yang ditawarkan bertujuan untuk membolehkan pelanggan untuk membayar produk yang dilanggan secara ansuran.

“Ini termasuk produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan Pajak Gadai-i,” katanya.

Para pelanggan yang terjejas boleh membuat permohonan melalui [email protected] manakala pelanggan perniagaan boleh mendapatkan bantuan di Pusat Perbankan Perniagaan (BBC) berhampiran.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat, hubungi 1300-800-800 atau kunjungi cawangan berdekatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast