Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menilai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini dipengaruhi peratusan keluar mengundi bukan Melayu yang rendah.

Menerusi catatannya di laman sosial X, Rafizi berkata, analisa awal PRK Sungai Bakap menunjukkan jumlah pengundi Melayu adalah seramai 70 peratus, Cina (47 peratus) dan India (58 peratus).

“Dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sungai Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu (saluran-saluran bertukar dari Melayu-Bukan Melayu 55:45 kepada 75:25).

“Walaupun ada sedikit peralihan undi Melayu, keputusannya banyak dipengaruhi jumlah pengundi yang keluar,” katanya.

Setakat pukul 8 malam ini, calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail secara tidak rasmi menewaskan calon Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Naib Yang Dipertua Pas itu meraih 13,725 undi berbanding pencabarnya, Joohari daripada PKR yang memperoleh 9,816 undi dengan majoriti 3,909 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh menerusi kiraan 63 daripada 66 saluran peti undi setakat pukul 7.45 malam tadi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Penyasaran sybsidi diesel punca kekalahan PH BN di Sg Bakap. Menteri Ekonomi kena letak jawatan.

Comments are closed.