MONTEVIDEO – Kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di Treinta y Tres, Uruguay pada awal pagi Ahad mengorbankan 10 orang, menurut Jabatan Bomba Nasional, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan rasmi, mangsa terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki.

Insiden itu berlaku pada 6 pagi waktu tempatan (0900 GMT) di kompleks kediaman “Adulto Mayor” di pusat bandar.

Anggota bomba dan pakar Jabatan Penyiasatan Bencana Montevideo telah dihantar untuk membantu dan menyiasat punca kebakaran. – BERNAMA-XINHUA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast