KUALA LUMPUR- Istana Negara mempersembahkan potret KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Potret itu dipersembahkan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024.
Gambar-gambar berkenaan turut dikongsikan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.
Istiadat Pertabalan pula akan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara dan kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, akan melaksanakan tujuh acara sempena istiadat penuh simbolik lima tahun sekali itu.-MalaysiaGazette