Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama barisan wakil rakyat pembangkang bercakap pada sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan memakai lilitan putih di lengan pada Sidang Dewan Rakyat minggu depan sebagai protes keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengosongkan kerusi enam bekas wakil rakyat Bersatu.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu juga sebagai kecewa dengan keputusan Johari yang disifatkan sebagai black decision.

“Mulai minggu depan, kami semua Ahli Parlimen PN akan pakai lilitan putih di lengan sebagai tanda protes, kecewa dan dukacita.

Pada 9 Julai lalu, Johari menerusi surat kepada Bersatu memaklumkan enam bekas Ahli Parlimen parti itu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat.

Enam Ahli Parlimen yang dikekalkan kedudukan sebagai wakil rakyat walaupun keahlian mereka digugurkan daripada BERSATU adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). – MalaysiaGazette