KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu mengesahkan kemalangan melibatkan empat orang pelajar yang berlaku di hadapan kampus itu.

Tiga mangsa meninggal dunia ditempat kejadian.

Mereka ialah Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi.

Seorang penuntut yang parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang kini sedang dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

“Pihak universiti berdukacita atas kejadian yang berlaku dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar terlibat.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah pelajar dan semoga Allah permudahkan urusan keluarga pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

UiTM juga akan menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh keluarga.

MalaysiaGazette difahamkan pelajar-pelajar yang terlibat berasal dari luar Terengganu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tetiba dlm laporan polis yg dibuat..Pemandu perempuan yg terlibat mengalami masalah mental. tetapi dtg balai buat repot .. mengalahkan kartun Walt Disney. Terlepas lah.

Comments are closed.