Dua beradik perempuan maut manakala ibunya kritikal selepas terperangkap dalam asap tebal di bilik sewa didiami di tingkat tiga Plaza Mahkota Melaka, Banda Hilir di sini yang terbakar petang tadi.

MELAKA – Dua beradik perempuan maut manakala ibunya kritikal selepas terperangkap dalam asap tebal di bilik sewa didiami di tingkat tiga Plaza Mahkota Melaka, Banda Hilir di sini yang terbakar petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, mangsa maut dikenali Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2 kakaknya, Nuralia Karisa Abdullah, 12 manakala ibunya Azliha Ngah Ariffin, 40, masih dalam keadaan kritikal akibat terhidu asap tebal.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati, terdapat saksi melihat kebakaran berlaku di tingkat satu bangunan sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

Anggota bomba memadam kebakaran sewa didiami di tingkat tiga Plaza Mahkota Melaka, Banda Hilir. petang tadi.

“Siasatan awal berdasarkan saksi di tingkat dua bangunan memberitahu ada melihat asap kuat memasuki biliknya pada pukul 1.50 petang sebelum lari menyelamatkan diri dan dibawa ke Hospital Melaka.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan tiga beranak berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dari sebuah bilik di tingkat tiga sebelum dikejarkan ke hospital.

“Bagaimanapun berdasarkan maklumat terbaharu diterima, dua beradik berkenaan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala ibunya masih dalam keadaan kritikal setakat 5 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, tingkat satu bangunan itu mempunyai lima bilik sewa namun hanya satu sahaja bilik disewakan manakala tingkat dua mempunyai 10 bilik sewa yang hanya mempunyai enam penyewa di empat buah bilik.

“Tingkat tiga mempunyai enam bilik namun hanya satu bilik disewakan kepada tiga sekeluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Pisar Aziz ketika ditemui di lokasi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.33 petang.

Mohd Pisar Aziz

“Tiga jentera bomba dari empat balai bomba dengan kekuatan dua pegawai dan 38 anggota dikejarkan ke lokasi untuk
untuk membantu operasi menyelamat.

“Antara kesukaran dihadapi adalah ruang bangunan dipenuhi asap tebal dan haba namun operasi berjalan lancar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast