Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Isu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A dan ke atas masih tidak diterima masuk ke Matrikulasi sehingga dibincangkan di Kamar Khas pada hari ini.

Terdahulu usul tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen (PH) pada persidangan Dewan Rakyat.

Katanya, meskipun selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Jun lalu tiada apa-apa perubahan.

Mengulas lanjut katanya, ia akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan perkara berkenaan perlu dibahaskan.

“Kenyataan beliau (PM) masih terngiang-ngiang di telinga semua orang tentang jaminan tempat di Matrikulasi kepada lepasan SPM 10A ke atas namun realitinya dalah sebaliknya.

“Walaupun KPM kemudian memberi jaminan bahawa janji PM akan dilaksanakan, jaminan secara lisan itu masih belum diterjemahkan dengan tindakan selaras pengumuman yang dibuat PM itu.

“Kelewatan alam menyelesaikan perkara ini merupakan atu keperitan atau penderitaan pelajar dan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan,” katanya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yiengi kemudian mengesahkan usul tersebut diterima Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Selasa lalu.

Jelasnya, isu itu perlu dibahaskan ekoran ia berkaitan dengan kepentingan awam yang perlu disegerakan. – MalaysiaGazette