KUALA LUMPUR – Prosiding kes cerai pelawak, Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, dalam masa terdekat.
Peguam mewakili Dr Jezamine, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, prosiding yang sepatutnya bermula 15 Julai ini ditunda ke tarikh baharu.
Harith meminta semua untuk bersabar dan memberikan beliau masa sebelum menjelaskan perkara berkaitan penceraiannya sejurus selepas pihak media menghidunya..
Pada bulan lepas, Dr Jezamine memfailkan cerai terhadap suaminya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. – MalaysiaGazette
















