KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan terhadap Raja Perlis.

Dalam kenyataan di sini, MPP KUIPs berkata, sebagai institusi Pendidikan berteraskan nilai-nilai Islam dan menghormati system beraja, ia percaya sebarang bentuk penghinaan dan kata-kata kesat kepada Raja Perlis adalah tidak wajar dan melanggar adab serta tatasusila masyarakat Malaysia yang berbudaya dan beradab.

Lantaran itu, pihak berkuasa digesa mengambil Tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam perbuatan penghinaan ini demi menjaga maruah dan kehormatan institusi diraja.

“MPP KUIPs menyeru semua pihak untuk menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada raja dan institusi beraja serta mengamalkan dan dan akhlak mulia dalam sebarang bentuk komunikasi dan interaksi.

“Bersama-sama menolak sebarang bentuk penghinaan dan bertindak secara bijak dan berhemah dalam menyuarakan pandangan dan pendapat,” katanya. – MalaysiaGazette