Bot yang ditemui bergerak tanpa kawalan di Sungai Pahang, dekat Kampung Belimbing, Pekan. Foto JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar hilang setelah terjatuh bot selepas memeriksa jaring di Sungai Pahang dekat Kampung Belimbing, Pekan, pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II Hairuddin Saidi berkata, berdasarkan maklumat orang awam, terdapat sebuah bot dijumpai dalam keadaan berpusing tanpa kawalan.

Menurut, kejadian itu dilaporkan pada jam 8.55 pagi sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Maran seramai 13 orang digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan Bomba telah memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa sebaik tiba pada jam 10.12 pagi.

Sehingga laporan ini dikeluarkan, mangsa yang dilaporkan terjatuh itu masih belum dijumpai. – MalaysiaGazette