Menara Felda
Menara Felda

SERDANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan RM100 juta tambahan kepada Felda.

Perdana Menteri itu berkata, peruntukan tersebut diberikan untuk menampung kos pengoperasian ladang akibat penyasaran subsidi diesel.

“Kerajaan telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel di mana harga runcit diesel ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 14 JULAI 2024

“Pada masa yang sama, Kerajaan telah menyediakan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan, termasuk pekebun kecil,” katanya dalam perasmian sambutan Hari Peneroka Felda 2024 peringkat kebangsaan di MAEPS, hari ini.

Anwar berkata peruntukan itu disalurkan setelah mengambil kira implikasi kewangan tambahan Felda sebanyak RM121.6 juta setahun akibat kenaikan harga diesel.

Jelas Anwar, langkah ini diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Fedal tidak sama sekali terkesan.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTI Madani).

“Kerajaan telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel di mana harga runcit bahan api itu ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

Memperincikan peruntukan itu, Anwar berkata, bantuan tersebut disasarkan dapat memberi impak positif kepada komuntii Felda.

“Penglibatan Felda dalam SejaTi Madani telah merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Justeru, komuniti diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula,” katanya. – MalaysiaGazette