Mayat wanita dipercayai Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mangsa dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Tanjung Malim, Perak.

Wanita yang berusia 25 tahun itu dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Laporan Harian Metro memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar mengesahkan penemuan mayat yang dipercayai Nur Farah Kartini.