Pandak (empat kanan) merakam kenangan dalam Majlis Amanat Ketua Kontinjen bersama Pengurus dan Jurulatih Kontinjen Sukma Johor 2024 di Fraser Place , Puteri Habour, Iskandar Puteri, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Johor menyasarkan kedudukan kelompok tiga terbaik dengan kutipan 60 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak bulan depan.

Ketua Kontinjen Johor, Datuk Pandak Ahmad berkata, kontinjen Johor selaku juara keseluruhan pada 2022 akan mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan dalam Sukma ke-21 itu kecuali squasy.

“Atlet Johor sudah membuat persiapan rapi daripada segi mental dan fizikal bagi menggalas tanggungjawab membawa pulang kilauan emas.

“Sebagai juara keseluruhan edisi Sukma yang lalu, kita berdepan cabaran besar untuk pertahankan gelaran itu lebih-lebih lagi sukan kanu yang menjadi lubuk emas tidak dipertandingkan kali ini.

“Sudah pasti tuan rumah mempunyai strategi tersendiri untuk memanfaat peluang sebagai hos Sukma ke-21 selain berdepan saingan sengit daripada kontinjen Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan,” katanyasediaan kontinjen Johor untuk Sukma ke-21.

Terdahulu beliau hadir dalam Majlis Amanat Ketua Kontinjen Johor Bersama Pengurus dan Ketua Jurulatih Pasukan Sukma Johor ke Sukma 2022 di Fraser Place, Puteri Harbour di sini hari ini.

Pada edisi Sukma ke-20 di Kuala Lumpur, Johor muncul juara keseluruhan apabila berjaya mengutip 77 pingat emas, 23 daripadanya adalah dari acara Kanu.

Pandak berkata, acara olahraga, memanah, silat dan tinju menjadi sasaran lubuk emas buat kontinjen Johor bagi memastikan sasaran 60 pingat emas mampu dicapai.

Katanya, persiapan atlet berjalan lancar dan pihak persatuan mempunyai tempoh masa 32 lagi untuk membuat persiapan terakhir memastikan atlet yang membawa misi negeri ini berada di tahap terbaik.

“Saya berpuas hati dengan laporan akhir yang disediakan pengurusan persatuan sukan terlibat, dalam tangan kita berupaya mengutip sekurangnya 40 pingat emas.

“Saya harap mereka dapat menambah baik kemampuan atlet yang pastinya berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan masa di sana selain masalah logistik untuk ke sesuatu venue di luar Kuching,” ujarnya.

Seramai 599 atlet menjadi taruhan untuk Sukma ke-21 dan dijangka akan terlepas ke Sarawak pada 16 Ogos, pasukan bola sepak akan ‘terbang’ lebih awal pada 11 Ogos.

Perkampungan bagi kontinjen Johor terletak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kuching dengan 12 acara dipertandingkan di Miri, Mukah, Betong dan Bintulu. – MalaysiaGazatte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast