Kim Pan Gon

KELANA JAYA – Kim Pan Gon hari ini mengumum melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih  skuad Harimau Malaya.

Pengumuman yang dibuat di di Wisma FAM Kelana Jaya petang tadi menjawab spekulasi mengenainya sejak beberapa hari ini.

“Saya ada mesej sedih untuk dikongsi dengan semua, hari ini. Saya memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia atas komitmen peribadi.

“Saya menyertai skuad bola sepak kebangsaan pada Jun 2022 dan telah melalui detik indah bersama peminat Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” katanya.

Pan Gon mengendalikan skuad kebangsaan sejak tahun 2022 selepas menggantikan pengendali tempatan, Tan Cheng Hoe. – MalaysiaGazette