Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya telah memutuskan untuk mengembalikan Jalan Sultan Ismail iaitu dari persimpangan Jalan Raja Chulan ke persimpangan Jalan Bukit Bintang kepada jalan sehala mulai jam 12.01 malam pada 22 Julai 2024.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, langkah itu Mengambil kira kajian dan aduan semasa perlaksanaan ujicuba yang
bermula pada 1 Mei 2024 sehingga kini yang melibatkan Jalan Sultan Ismail,

“Dengan mengembalikan Jalan Sultan Ismail kepada aliran asal (sehala), diharap aliran lalulintas akan kembali stabil khususnya di kawasan
sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette