Muhammad Sanusi Md Nor.

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku sudah berkahwin dengan seorang ibu tunggal anak satu, baru-baru ini.

Menurut beliau, wanita yang juga seorang anggota polis itu dipinang oleh isterinya sendiri, Tok Puan Seri Jusmalailani beberapa bulan lalu.

Ujarnya, wanita berkenaan adalah kawan dan mengaji di kuliah yang sama dengan isterinya.

Tambah Sanusi lagi, mereka juga tidak bercinta sebelum kahwin.

“Ketika perkahwinan isteri saya ada, anak-anak saya pun hadir dan semua proses (prosedur) dipatuhi.

“Saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi. Depa kata tok lebai PAS ni kira menikah je kan?

“Dia bukan penyiasat kes Unsur Nadir Bumi (REE) tapi dia penyiasat kes bom di Kediaman Rasmi Menteri Besar sebelum ini,” katanya semasa sidang media di Kedah seperti yang dilaporkan portal-portal berita, hari ini.

Menurut Sanusi, pengakuan itu dibuat kerana tidak mahu kisah peribadi beliau menjadi perbualan dan menjadi spekulasi sehingga ada yang mendakwa mereka ditangkap berkhalwat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.