logo polis
Gambar hiasan

TANGKAK – Polis mengesahkan penemuan mayat hampir reput di sebuah rumah usang di Kesang laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dua hari lalu, tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, ini berdasarkan siasatan yang dilakukan tidak menemui sebarang unsur pergelutan.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut. Pada masa sama pihak polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri daripada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati antara tiga atau empat hari yang lalu.

Beliau menambah, mayat berkenaan dibawa ke Hospital Daerah Tangkak untuk proses bedah siasat.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette