Antara sundang darjat dengan ukiran yang unik dikumpul Ustaz Muhammad Al-Amin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.

Sundang, pasti ramai yang kurang mengetahuinya, berkemungkinan besar ada yang tidak pernah mendengar namanya khususnya generasi muda.

Pada zaman dahulu, sundang merupakan pedang Melayu lama yang digunakan sebagai senjata selain keris.

Bukan sahaja perinciannya yang unik dengan kreativiti orang Melayu lama tapi kelainannya pada komposisi bilah yang diperbuat daripada pelbagai jenis besi. Ia juga berbeza untuk kegunaan kasta istana iaitu Sundang Darjat, Waad untuk kegunaan panglima manakala Sundang Adat untuk orang biasa.

Salah seorang penggemar koleksi sundang adalah pendakwah terkenal, Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin atau lebih dikenali Ustaz Amin diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) dengan memiliki sundang terbanyak dengan 211 bilah sundang.

Antara 100 koleksi sundang darjat yang merupakan senjata melayu lama daripada dalam dan luar negara dengan latar belakangnya yang tersendiri dikumpul Ustaz Muhammad Al-Amin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.

Antara sundang darjat yang disaluti emas tulin dikumpul Ustaz Muhammad Al-Amin ketika di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 APRIL 2023.
Antara keris yang merupakan senjata melayu lama dari dalam dan luar negara dengan latar belakangnya yang tersendiri dikumpul Ustaz Muhammad Al-Amin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.
Minyak disapukan di sundang darjat untuk menjaga kualiti senjata lama supaya tidak berkarat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.
Pengumpul sundang darjat dan keris juga Pengerusi Yayasan Al Amin, Ustaz Muhammad Al-Amin menunjukkan nama-nama besi dari tanah melayu yang digunakan untuk membuat senjata lama berkualiti dan unik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.
Antara kitab lama yang dikumpul oleh Pengumpul sundang darjat dan keris juga Pengerusi Yayasan Al Amin, Ustaz Muhammad Al-Amin di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.
Pengumpul sundang darjat dan keris juga Pengerusi Yayasan Al Amin, Ustaz Muhammad Al-Amin menunjukkan antara 100 koleksi sundang darjat yang merupakan senjata melayu lama daripada dalam sehingga luar negara dengan latar belakangnya yang tersendiri ketika di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.