Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengalu-alukan  kehadiran Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai naib pengerusi baharu jawatankuasa itu.

Kok dari DAP menggantikan rakan partinya yang juga Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Pengumuman pelantikan itu dibuat Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.

“Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada beliau (Teresa). PAC percaya pengalaman sebagai Ahli Parlimen sejak tahun 1999 dan mantan Menteri Industri Utama dapat menjadikan PAC lebih berwibawa.

“Di kesempatan ini, PAC ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi atas khidmat dan jasa dalam jawatankuasa ini sejak Parlimen ke-14 sebagai ahli PAC dan sebagai Naib Pengerusi PAC Parlimen ke-15 sejak 4 April 2023,” katanya.

Shu Qi yang juga Ahli Parlimen Kluang selama dua penggal dilantik naib pengerusi kepada Mas Ermieyati pada April 2023.

Bulan lalu, beliau dilantik pengerusi Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast