Siti Norelyana Kamarulzaman

GUA MUSANG- Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.

Tunang mangsa Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Alhamdulillah selepas kira-kira lima hari ditidurkan, Siti Norelyana mula sedar semalam. Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Amnan berkata setakat ini dia tidak dimaklumkan mengenai rawatan selanjutnya yang akan dijalankan ke atas tunangnya itu.

Sebelum ini, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan berpunca daripada ‘turn-table’ lori balak itu patah ketika mengambil selekoh.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast