Hussein Omar Khan

SUNGAI BULOH – Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, masih belum dapat disahkan disebabkan keadaan mayat yang reput pada bahagian dada dan muka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pakar patalogi memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat

“Buat masa ini, pakar tidak dapat sahkan kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengesahkan pihaknya telah merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek yang juga kenalan mangsa untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemui di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek berusia 26 tahun itu


direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette