MELAKA – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim dekat Taman Malim Jaya, di sini, petang semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Norezura Md Zam berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 4.49 petang untuk khidmat khas membantu pihak polis.
“Seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba didapati satu mayat lelaki tanpa identiti terapung di Sungai Malim dekat Taman Malim Jaya.
“Mayat kemudian dibawa naik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, pihak media sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian daripada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit. – MalaysiaGazette