Jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan Pekan, Pahang. Foto SYADILA AMARI, 18 JULAI 2024.

PEKAN –  Abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Amir Abdullah menghargai semua pihak yang membantu keluarganya menguruskan jenazah adik bongsunya.

Mohd Farizza ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini hari ini selepas adiknya selamat dikebumikan ternyata tidak dapat menahan sebak.

Abang Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd Farizza Amir Abdullah bersama yang lain mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan Pekan, Pahang. Foto SYADILA AMARI, 18 JULAI 2024.

”Saya nak ucap terima kasih media, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bantu kami sepanjang dan pihak Hospital Sungai Buloh bantu sehingga selesai urusan.

”Saya minta doakan adik saya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Mohd Farizza berkata, tanah perkuburan itu dipilihnya kerana lokasi berkenaan merupakan kampung halaman isterinya.

”Pekan dipilih kerana saya kahwin dengan orang Pekan kerana urusan dimudahkan saudara-mara kenal di sini,” katanya

Jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan di sini pukul 5.20 petang tadi.

Abang Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd Farizza Amir Abdullah menyiram pusara selepas jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan Pekan, Pahang. Foto SYADILA AMARI, 18 JULAI 2024.

Van membawa jenazah bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 2.15 petang tiba di tanah perkuburan kira-kira  tiga jam perjalanan.

Beliau yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sejak 10 Julai lalu ditemui lima hari dengan keadaannya mayatnya dalam keadaan reput di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. – MalaysiaGazette