Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sehingga hari ini beliau masih sayangkan parti tersebut.

Katanya, ini kerana beliau sebelum ini dipecat bukan meninggalkan parti berkenaan.

“Saya pun tak sertai mana mana parti politik sebab saya tidak anggap saya keluar UMNO, sebab saya dipecat.

“Jadi orang yang dipecat ini dia masih lagi sayang dengan parti lama sebab dia tak keluar , jadi tengoklah macan mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu menerima banyak permohonan bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu.

Sehubungan itu katanya, perkara terbabit akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.

Sementara itu, Khairy menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid sebagai ‘menarik’. – MalaysiaGazette