KUALA LUMPUR – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan menganjurkan Larian Keluarga Malaysia pada 29 September ini untuk mengumpul dana membantu anak-anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, larian tersebut demi memastikan bantuan kepada lebih kurang 6,000 anak yatim piatu yang berdaftar dengan YKM dibantu secara konsisten.

“Selepas Covid-19 ramai yang meninggal, ada yang kedua-dua ibu bapa meninggal dan anak yatim piatu setengahnya tinggal dengan nenek yang tiada pekerjaan tetap setengah nenek mungkin menerima sumbangan masyarakat, jadi kehidupan agak sukar.

“Untuk itu atas keinsafan kita mewujudkan Yayasan KM tujuannya membantu anak-anak dapat terus hidup lebih baik,” kata bekas Perdana Menteri itu pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan RM5 juta setahun untuk YKM.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri,” kata Ismail Sabri.

Pada sidang media ini, beliau turut mengumumkan pemilihan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai duta larian yang akan diadakan di Persiaran Flora, Cyberjaya.

Sementara itu, Ismail Sabri menjangkakan seramai 3,000 orang bakal menyertai larian berkenaan.

Larian tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu Terbuka & Veteran (21km); Terbuka & Veteran (10km) dan Larian Santai (5km).

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi YKM atau LKM 2024 untuk pendaftar.

“Tarikh akhir pndaftaran adalah pada 7 September 2024,” katanya lagi.

Selain penyertaan individu bekas Perdana Menteri itu turut mengalu-alukan syarikat korporat menyumbang kepada YKM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast