MGNews: Jom Belajar Di National Integrated College, Macam-Macam Ada

Hari Terbuka National Integrated College (NIC) bukan sahaja memberi pendedahan mengenai peluang menyambung pelajaran dan mendapatkan pekerjaan malahan pengunjung dapat menerima perkhidmatan, nasihat serta maklumat penting mengenai bantuan dan inisiatif disediakan pelbagai pihak berkepentingan.

Hari terbuka NIC yang dianjurkan di Pusat Beli Belah Datum Jelatek di sini dianjurkan dengan kerjasama Datum Jelatek Shopping Centre, DatumCorp International, BECTA Training Academy dan MalaysiaGazette.