Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan supaya mempertahankan polisi tidak membenarkan syarikat arak memberi sumbangan dana  dana mahupun melakukan aktiviti di sekolah.

Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kerajaan tidak seharusnya mengubah polisi itu walaupun jika terdapat desakan daripada anggota Kabinet termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook,” kata Dr. Muhammad Akmal.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu menegaskan, pihaknya akan memberikan sokongan penuh kepada ketegasan yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menurut Dr. Muhammad Akmal, kanak-kanak di sekolah seharusnya dihindarkan daripada anasir tidak baik termasuk arak.

“Sokongan sepenuhnya kepada YB Menteri Pendidikan untuk mempertahankan polisi tidak dibenarkan sumbangan dari syarikat arak,rokok dan judi diberikan kepada pihak sekolah.

“Jika liga bola sepak negara pon tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang, apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini,” tegas beliau.

Media sebelum ini melaporkan, Anthony yang juga Setiausaha agung DAP akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah Cina dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri pengangkutan itu berkata ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana syarikat minuman keras membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sejak puluhan tahun lalu.

“Syarikat minuman keras menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu.

Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu, katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Sementara Fadhlina berkata, KPM tidak akan mengkaji semula garis panduan kepada institut pendidikan dalam menerima sumbangan atau mengecualikannya kepada sekolah vernakular.

Menurutnya, semua sekolah perlu mengikuti panduan diberikan yang pada pendapatnya tidak terlalu sukar dipatuhi dan tidak mendatangkan mudarat.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kita mengajar anak-anak arak dan rokok tidak baik untuk kesihatan tetapi dalam masa yang sama kita mempromosikan arak di sekolah. Bukan ini sesuatu yang pelik.

  2. Sekiranya AKTA rasuah tidak dipinda dgn hukuman yg berat selagi itulah perkara2 seperti inilah terjadi dan bermaharaja.Tiada sesorang pun ahli parlimen dan pakar2 yang bersuara itulah HAKIKATNYA.

Comments are closed.