PUTRAJAYA – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil rasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) risau mengenaui dakwaan mengenai kononnya berlaku pertemuan antara UMNO dan Pas.
Menurutnya, kebimbangan parti itu sudah tentu kerana menjadi ia menjadi liabiliti dalam Perikatan Nasional (PN).
“Apa yang kita tahu (daripada) pimpinan utama BN tidak berlaku apa-apa perbincangan dengan pihak Pas.
“Saya rasa yang sepatutnya merasa lebih teruk adalah Bersatu. Saya yakin risau tentang perkara ini. Apatah lagi apabila ramai mengharapkan Pas bertanding di (PRK) Nenggiri.
“Saya pasti yang lebih risau sekarang Bersatu (sebab) mereka tahu mereka liabiliti kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas,” kata juru cakap kerajaan Madani itu ketika sidang media.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari kononnya wujud perbincangan antara parti itu dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.
Fadhli berkata, berapa siri pertemuan tidak rasmi diadakan membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti yang antara lain bagi “menyatukan kembali undi Melayu”.
Beliau turut mendakwa pemimpin utama UMNO itu meluahkan rasa serba salah bekerjasama dalam kerajaan sekarang yang didakwa merugikan.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikannya.- MalaysiaGazette