Poster ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Najib yang dimuat naik di Facebook Akmal.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia terbaik setakat ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Akmal menerusi hantaran di Facebooknya sempena ucapan selamat hari lahir kepada bekas Presiden UMNO itu semalam.

“Selamat hari lahir Datuk Seri Najib Razak. Apa pun orang cakap dan tuduh, you are still the best prime minister so far.

“Moga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik untuk Datuk Seri,” katanya.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kini sedang menjalani hukuman penjara kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. – MalaysiaGazette