Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara melibatkan pesawat Bombardier CRJ-200 milik Saurya Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Nepal, hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, laporan itu adalah situasi terkini ketika ini.

Bagaimanapun katanya, pihak Wisma Putra tetap memantau rapat insiden berkenaan menerusi Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga dan waris yang terlibat di dalam nahas berkenaan serta rakyat dan kerajaan Nepal,” katanya.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia yang berada di kawasan terbabit untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti makluman terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Tambahnya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bakhundole-3, Lalitpur, Kathmandu, Nepal (P.O Box 24372), atau hubungi +97715445680 / +97715445681 (awaml) or +977-9801008000 (kecemasan sahaja), atau email to [email protected] MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

18 terbunuh, pesawat Saruya Airlines terhempas