KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas pesawat terhempas dan terbakar ketika hendak berlepas dari ibu negara hari ini.
Juruterbang pesawat berkenaan kini menerima rawatan di hospital, merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut itu.
Kira-kira 19 orang berada dalam penerbangan ujian Saurya Airlines, termasuk kakitangan teknikal syarikat penerbangan itu dan dua anak kapal.
Pesawat itu menuju ke Pokhara, destinasi pelancongan yang popular.
Video yang disiarkan dalam talian menunjukkan pesawat itu diselubungi api dan asap.
Jentera bomba dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian sejurus selepas kejadian dilaporkan
Kejadian berlaku kira-kira jam 11:15 waktu tempatan (05:30 GMT).
Saruya Airlines mengendalikan penerbangan ke lima destinasi dalam Nepal, dengan armada tiga jet Bombardier CRJ-200, menurut laman web. – MalaysiaGazette