Dr Akma.

KEPALA BATAS – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DSV) merekodkan trend peningkatan aduan berhubung penderaan terhadap haiwan terutamanya anjing dan kucing di seluruh negara setiap tahun.

Ketua Pengarah DSV, Dr Akma Ngah Hamid berkata, ia susulan sebanyak 2,162 kes penderaan haiwan direkodkan setakat Jun lalu berbanding  2,622 aduan sepanjang tahun lalu.

Jelas beliau, situasi ini sekali gus menunjukkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penderaan haiwan semakin meningkat selain banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak pantas sekiranya terhadap kejadian terbabit.

“Jika berlaku kezaliman atau mungkin nampak salah laku oleh pemilik orang ramai dapat melaporkannya sebab kita ada link animal walefare.

“Kita harap aduan dibuat melalui kaedah yang betul lah jangan mengambil tindakan yang melangkaui batasan mereka sendiri sebab kita ada peraturan dan akta kebajikan haiwan yang perlu dipatuhi,” katanya pada Majlis Hari Kebajikan Haiwan 2024 di Kampung Agung di sini, hari ini.

Fahmi Zainol (kiri) merasmikan Hari Kebajikan Haiwan 2024 di Kampung Agung, Pulau Pinang hari ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan EXCO Argroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol.

Majlis ini bertujuan mempromosikan kebajikan haiwan, menjadikan pemiliknya lebih bertanggungjawab dan memupuk kesedaran mengenai keprihatinan kepada haiwan serta memberi kefahaman kepada masyarat berhubung peraturan, garis panduan dan pematuhan akta kebajikan haiwan 2015 (akta 722).

Mengulas lanjut Akma berkata, dalam tempoh antara 2021 hingga Jun tahun ini, pihaknya merekodkan kes penderaan paling tinggi terhadap anjing iaitu 5,226 kes, diikuti kucing 1,900 kes, kuda 178 kes, arnab 157 kes, burung 122 kes, lain-lain 116 kes dan lembu 105 kes.

“Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 3,334 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,113 kes), Johor (800 kes), Pulau Pinang (695 kes) dan Perak (491 kes). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast