Lebih 27,000 penduduk di Wilayah Liaoning di timur laut China telah dipindahkan selepas dibadai Taufan Gaemi.
Jabatan kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah itu berkata, hujan lebat daripada Gaemi, taufan ketiga tahun ini menyebabkan paras air meningkat di 40 empangan di seluruh wilayah berkenaan.