Program selama dua hari itu dikendalikan oleh pensyarah yang juga chef berpengalaman dari Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan (FOHAT) CityU.

KUALA LUMPUR –  City Universiti Malaysia (CityU) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan Program Transformasi Komuniti dengan memfokuskan kepada kemahiran pembuatan pastri dalam komuniti Petaling Jaya.

Program selama dua hari itu dikendalikan oleh pensyarah yang juga chef berpengalaman dari Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan (FOHAT) CityU bagi memberi bimbingan dalam proses pembuatan Bomboloni-donat Itali yang popular dan Cromboloni-croissant berbentuk bulat yang diisi dengan inti kaya dan berkrim.

Timbalan Naib Canselor CityU, Prof. Madya Dr. Rosnizah Shaari berkata, kemahiran yang diperoleh seramai 60 peserta itu akan memberi nilai tambah dalam komuniti sekaligus menjadi platform pembangunan kemahiran penduduk setempat.

Beliau berkata, pengalaman membuat pastri secara praktikal dalam kumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan yang menjadikan acara ini pengalaman yang menarik.

“CityU dan MBPJ sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima kerana Program Transformasi Komuniti menjadi platform pembangunan kemahiran dan pembinaan komuniti.

“Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk nilai kemasyarakatan, yang terjalin melalui minat bersama terhadap seni pembuatan pastri.

), peserta diberi bimbingan dalam proses pembuatan Bomboloni-donat Itali yang popular dan Cromboloni-croissant berbentuk bulat.

Majlis penutup program telah disempurnakan Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Zahri Samingon.

Rosnizah menambah, kejayaan program  turut menjadikan CityU lebih terbuka untuk berkolaborasi bersama agensi kerajaan mahupun swatsa dalam skala yang lebih besar dan program sebegini dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan komuniti setempat.

Sementara itu, Zahri dalam ucapannya turut meluahkan keterujaan apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya baru-baru ini.

“Pada tahun ini, tema Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia diangkat sempena sambutan ulang tahun bandaraya Petaling Jaya Ke-18.

“Jadi saya gembira apabila program sebegini diadakan bagi merapatkan lagi ukhwah komuniti dan saya berharap kemahiran yang diperoleh ini dapat dijadikan sebagai mata pencarian tambahan buat peserta,” katanya. – MalaysiaGazette

Program penutup turut dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Zahri Samingon.