Sathyia (kiri) bersama Farhan.- Kredit FB Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada pelawak berbangsa India, Sathiya Periasamy atau dikenali Sathiya baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan melalaui setiausaha politiknya, Farhan Fauzi  yang telah menziarahi pelawak veteran tersohor di kediamannya selepas dimaklumkan beliau telah diserang penyakit angin ahmar.

“Alhamdulillah saya dimaklumkan saudara Sathiya masih mampu tersenyum dan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini sempat berbicara terkait perjalan seninya. Namun beliau masih memerlukan rawatan berkala dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dipantau,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Sebelum pulang, saudara Farhan telah menghulurkan sumbangan bagi pihaknya bagi mengurangkan beban kos perubatan yang perlu ditanggung.

“Semoga saudara Sathiya kembali pulih secepat mungkin dan dipermudahkan urusan, sekali gus dapat terus berkarya serta berbakti kepada dunia seni tanah air,” ujar Anwar. – MalaysiaGazette