Dr. Kasemani mengetuk gong bagi menyempurnakan gimik perasmian Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia dan Hari Pendengaran Seduia Peringkat Negeri Terengganu 2024.

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan sambutan Hari Darah Sedunia dengan kerjasama Pusat Kesihatan UMT, beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta.

Menurut Pengarah Pusat Kesihatan UMT, Dr. Amie A Rahim, program itu adalah satu inisiatif untuk menarik minat golongan dan mahasiswa untuk bergiat aktif bagi program kebajikan itu.

“Pihak jabatan perubatan transfusi Hospital Sultanah Nur Zahira menerima sebanyak 2,500 beg darah daripada pihak universiti khususnya UMT pada tahun serta program ini telah menjadi aktiviti berkala sehingga lapan kali setahun.

“Selain itu, anugerah khas ikon turut kami wujudkan untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menderma darah dan pingat juga akan diberikan kepada mereka yang menderma lebih 10 kali,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemoni Embang berkata, keperluan darah darah dilihat lebih tinggi menjelang musim cuti umum dan juga musim perayaan.

“Jumlah penderma darah di Terengganu lebih daripada dua peratus tetapi kami menyasarkan 3.5- 4.0 peratus kadar pendermaan darah bagi rakyat Malaysia dan sekurang-kurangnya tiga peratus untuk Negeri Terengganu sebagaimana negara maju,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis perasmian Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia dan Hari Pendengaran Seduia Peringkat Negeri Terengganu 2024.

Sambutan Hari Penderma Darah dan Hari Pendengaran Sedunia 2024 yang diadakan julung kali diadakan dengan kolaborasi UMT menjadi medan untuk memberi kesedaran untuk generasi baharu menderma darah dan galakan kepada pelapis  pada masa akan datang. – MalaysiaGazette