MOSCOW – Sekurang-kurangnya tiga orang cedera di wilayah Moscow, Rusia akibat disambar petir.
“Semasa ribut petir yang kuat, kilat telah menyambar orang ramai di Taman Patriot. Akibatnya, terdapat individu yang menjadi mangsa,” kata sumber dari perkhidmatan kecemasan Rusia kepada agensi berita TASS.
Menurutnya, dua lelaki dilaporkan mengalami cedera parah.
Beberapa saksi memberitahu, panahan petir itu berlaku di dataran yang terletak di tengah-tengah taman tersebut. – Agensi