Majlis Pemuktamadan Penyerahan Menara Telekomunikasi Jendela.

KUALA LUMPUR – Kesemua 66 menara komunikasi di Terengganu yang diperuntukkan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela 1) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah siap dibina.

66 Menara itu dibina di Hulu Terengganu (19), Marang dan Setiu masing-masing sebanyak 12, Dungun (9), Besut (8), Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman masing-masing dua.

Kejayaan ini akan membolehkan penduduk menikmati kualiti perkhidmatan Internet yang lebih baik dengan melonjakkan kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk kepada 97.54% berbanding 93.68% sebelum pelaksanaan Jendela 1 di Terengganu.

SKMM berkata, sebanyak 39 menara telah diaktifkan menggunakan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN) yang mana pengguna boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh CelcomDigi, Maxis dan U Mobile. – MalaysiaGazette

Menurutnya, penyediaan perkhidmatan Internet yang kondusif menjadi keutamaan SKMM dan Kerajaan bagi memudahkan urusan harian rakyat serta meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast