Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Jalan Duta. Foto AIZAT ZAINAL, 25 APRIL 2025.

 

KUALA LUMPUR – Semua Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO) untuk tujuan eksport ke Amerika Syarikat (AS) hanya akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) berkuat kuasa 6 Mei 2025.

“Oleh yang demikian, semua pengeluaran NPCO ke pasaran AS oleh majlis perniagaan, dewan atau persatuan yang dilantik oleh MITI, berdasarkan garis panduan pengeluaran NPCO yang ditetapkan oleh MITI, akan dihentikan dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Langkah ini bagi menangani isu kemungkinan pemindahan penghantaran dari negara tertentu ke pasaran AS melalui pintu masuk dan keluar Malaysia.

Menurut MITI, sebarang percubaan untuk mengelak tarif melalui pengisytiharan palsu, sama ada berkaitan dengan nilai barangan mahupun negara pengeluar asal barangan, sebagai satu kesalahan yang serius.

“Kerajaan Madani menegaskan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menegakkan integriti amalan perdagangan antarabangsa,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, MITI akan meningkatkan audit ke atas semua permohonan NPCO, menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, untuk membendung sebarang cubaan pemindahan penghantaran ke AS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast