Anggota bomba menemui dua mayat dalam Perodua Alza yang terkunci di Lorong Sungai Korok, Kampung Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bersama seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah Perodua Alza di Lorong Sungai Korok, Kampung Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.

Terdahulu, sepasukan anggota bomba tiba di lokasi pada jam 12.40 pagi Ahad selepas menerima laporan.

Anggota bomba yang tiba mendapati kenderaan berkenaan terkunci, dan terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta sehingga berjaya.

Kedua-dua mangsa telah disahkan tidak bernyawa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette