Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Malaysia Airlines dan Firefly berjaya melengkapkan pendaftaran Audit Keselamatan Operasi (IOSA), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), bulan ini.

Ia merupakan pendaftaran kali ke-10 Malaysia Airlines dan kali pertama kepada Firefly.

Pendaftaran untuk kedua-dua syarikat penerbangan itu berkuat kuasa serta-merta dan akan kekal sah sehingga 2026.

Audit kedua-dua syarikat itu dijalankan pada Januari dan Februari tahun ini meliputi lapan bidang operasi termasuk organisasi dan sistem pengurusan keselamatan, operasi penerbangan, penghantaran penerbangan, kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat, operasi kabin, pengendalian darat, operasi kargo dan keselamatan operasi.