Tular di media sosial mendakwa rumah pusaka kayu yang dipercayai menjadi markas tahi judi dalam talian

ALOR GAJAH – Polis mempergiatkan usaha memantau rumah-rumah kampung khususnya dalam daerah Alor Gajah yang didakwa semakin aktif dijadikan markas kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pemantauan berterusan sedang dijalankan dari semasa ke di beberapa lokasi termasuk di Kampung Ramuan China Besar.

“Serbuan sudah dilakukan pada pukul 5.15 Sabtu lalu namun didapati rumah berkenaan kosong.

“Bagaimanapun, pihak polis akan terus membuat pemantauan di lokasi ini susulan dakwaan mengatakan ia menjadi premis judi online,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu sebelum ini tular di media sosial mendakwa rumah pusaka kayu itu menjadi markas tahi judi dalam talian seolah-olah ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang.

Selain itu, terdapat beberapa lagi lokasi lain yang didakwa menjalankan jenayah serupa termasuk bangunan rumah kedai dan restoran tomyam sekitar Masjid Tanah. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast