Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirawat selama dua minggu di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Memetik kenyataan pembantu bekas perdana menteri itu, Sufi Yusoff, berkata kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah’.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu.

Kali terakhir bekas Perdana Menteri yang berusia 99 tahun itu dimasukkan ke IJN adalah pada 26 Januari lalu dan pulang pada bulan Mac selepas menerima rawatan selama 53 hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast