KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas sumbangan dan pengorbanan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Pahlawan hari ini.
Katanya, pasukan itu sanggup melindungi negara demi keselamatan tanah air.
“Hari ini kita mengingati dan menghargai semua pahlawan-pahlawan negara di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan tatkala melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air.
“Terima kasih kerana berjuang demi agama, bangsa dan negara tercinta. Andalah wira negara! Selamat Hari Pahlawan 2024,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook.
Sambutan Hari Pahlawan diraikan bermula 31 Julai 1960.
Ia merupakan penghormatan kepada pegawai dan anggota ATM dan PDRM dalam mengenang jasa perwira tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara. – MalaysiaGazette