KUALA LUMPUR – Harga runcit petroleum kekal bagi tempoh 1 Ogos 2024 hingga 7 Ogos 2024.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter dan RON95 (RM2.05).

Harga diesel pula bagi semenanjung pula kekal RM3.35 seliter manakala Sabah dan Sarawak (RM2.15 seliter).

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette