Tangkap layar dari video kegiatan mempromosikan agama Kristian di depan Surau Warisan, berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini sejak semalam.

MELAKA – Masyarakat dikejutkan dengan penularan kegiatan yang didakwa mempromosi aktiviti berkaitan agama Kristian di depan Surau Warisan, berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini sejak semalam.

Ia selepas video berdurasi 16 saat memaparkan tiga individu membuka reruai untuk mempromosikan kursus percuma Bible yang dipercayai dianjurkan Ahad lalu.

Berdasarkan video yang dirakam pengayuh beca itu, dia mempersoalkan apakah niat dan kewajaran kumpulan itu membuka reruai mempromosikan Bible di hadapan surau pelancongan ikonik Melaka itu.

Tinjauan di ruang video mendapati, ia mendapat lebih 1,000 perkongsian dan 1,400 komen meminta pihak berkuasa menyiasat perbuatan yang seolah-olah mahu mencabar Islam sebagai agama rasmi negara.

MalaysiaGazette sudah mendapatkan komen daripada Majlis Agama Islam Melaka sejak semalam namun masih belum mendapat sebarang reaksi sehingga hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sudah mengambil tindakan terhadap individu berkenaan dan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast